Cari @ Amanz

Microsoft hari ini secara rasminya telah melancarkan aplikasi klien emel mereka, Outlook untuk iOS dan juga versi pra-lihat baru untuk Android, dimana melaluinya membawakan pelbagai kemaskini baru kepada klien emel mereka pada platform mudah-alih.

Outlook Android

Aplikasi Outlook baru ini dilihat lahirnya daripada pengambil-alihan sebuah klien emel dinamakan Acompli oleh Microsoft pada tahun lepas.

Selain hanya memfokuskan kepada integrasi Outlook dan Hotmail, kini pihak Microsoft turut membolehkan pengguna sync emel daripada GMail, iCloud, dan Yahoo! Mail pada aplikasi berkenaan, dan menguruskan ia dengan lebih efisyen. Pengguna turut boleh menggunakan sokongan swipe untuk menguruskan emel seperti memadam atau mengarkib, disamping aplikasi ini turut mengintegrasikan sokongan kalendar dalam pengurusan yang lebih baik.

Kami sedia menggunakan versi aplikasi Outlook sebelum ini, dan klien baru ini nampak lebih kemas dan lebih baik dalam urusan pengurusan emel serta mencari emel-emel lama dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan peranti iPhone atau Android, mungkin boleh memuat-turun klien emel Outlook daripada Microsoft ini, dan menggunakannya dalam pengurusan emel harian anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd