Huawei Ascend P8 Akan Dilancarkan Pada 15 April Di London

Huawei Ascend P8 Akan Dilancarkan Pada 15 April Di London

Diterbitkan pada Jan 31, 2015 oleh .

Huawei merupakan salah satu jenama popular untuk telefon pintar dari China, dimana mereka mempunyai sejumlah peranti dibawah mereka – termasuk jenama yang memfokuskan jualan melalui dalam-talian dinamakan Honor. Bagi Huawei, salah satu peranti utama daripada mereka adalah dari siri Huawei Ascend P.

Huawei Ascend P7 camse001

Pada tahun lepas, Huawei telah melancarkan Huawei Ascend P7 yang mana mempunyai angka pengguna yang ramai, terutamanya bagi mereka yang meminati peranti bersaiz nipis dan kompak. Seperti pelbagai pengeluar, mereka juga akan hadir dengan kemaskini peranti baru pada tahun ini.

Untuk tahun ini, Huawei dilihat menjadualkan acara pelancaran Huawei Ascend P8 pada 15 April kelak. Dalam memberikan impak sebagai syarikat antarabangsa, mereka sering melancarkan keluarga siri-P di rantau Eropah, dan untuk Ascend P8, ia bakal dilancarkan di London.

Perkara ini sekaligus membuatkan pihak Huawei tidak akan memperkenalkan sebarang telefon pintar baru pada acara Mobile World Congress, sebaliknya lebih memfokuskan terhadap pengenalan peranti boleh-pakai.


TIPS & ULASAN