Cari @ Amanz

Vine-KidsAplikasi perkongsian Vine sangat popular di kalangan golongan muda dunia. Ia sesuai untuk mereka yang gemar menonton video pendek yang memerlukan tahan penumpuan yang pendek. Masalah utama Vine ialah ia tidak mempunyai sistem penapis yang menghadkan tayangan video yang kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah umur. Golongan ibu bapa pastinya risau dengan video yang dipenuhi carutan dan separa lucah yang dengan mudah boleh ditonton anak-anak mereka. Menyedari masalah ini, Vine kini menghasilkan aplikasi Vine Kids khas untuk kanak-kanak. Antaramuka Vine Kids menggunakan warna-warna terang yang digemari kanak-kanak serta kandungan yang lebih dipantau bagi memastikan minda penonton akan sentiasa kudus. Buat masa ini Vine Kids hanya boleh digunakan oleh pengguna IOS. Versi untuk platform lain masih di tahap pembangunan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd