SteadyGIM3 EVO : Kayu Selfie Dengan Giroskop Untuk GoPro

SteadyGIM3 EVO : Kayu Selfie Dengan Giroskop Untuk GoPro

Diterbitkan pada Jan 31, 2015 oleh .

SteadyGIM3-EVO-1

Kegilaan kayu selfie sudah tersebar ke seluruh dunia. Sungguhpun begitu ini tidak menghalang ianya dari diharamkan atas alasan keselamatan di United Kingdom. Penggunaan kayu selfie boleh dijejak semula kepada pengguna GoPro. Pada awal kemunculannya, kayu selfie direka bagi memudahkan peminat sukan lasak merakan aski berani mati mereka tanpa bantuan rakan untuk memegang rekod. Ia kemudian terdevolusi menjadi alat pilihan utama manusia narsis yang tidak mempunyai rakan untuk mengambil gambar mereka. SteadyGIM3 EVO ialah kayu selfie yang direka khas untuk kegunaan kamera GoPro dengan fungsi penstabil giroskop bermotor. Ia menjamin video yang diambil ketika melakukan aksi lasak sentiasa stabil dan bebas gegaran. Selain menjamin kualiti video yang baik, ia turut mempunyai bateri terbina 2000 mAh yang boleh memberikan tambahan masa rakaman selama 12 jam kepada kamera GoPro anda. Berita buruk di sini ialah Ianya dijual pada harga $399.99 sebuah. Berita baiknya pula ialah tiada versi untuk peranti pintar dan ianya tidak akan kelihatan ketika anda melancong ataupun di majlis perkahwinan untuk jangka masa terdekat.

SteadyGIM3-EVO-2


TIPS & ULASAN