Cari @ Amanz

Saladin merupakan salah satu siri animasi tempatan, yang mana diilihamkan daripada riwayat wira Islam yang menyatukan para Muslimin ketika menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Ia telah ditayangkan di televisyen pada tahun 2010 yang lepas, dan boleh dikatakan antara siri animasi yang menerima maklumbalas positif daripada penonton.

Terkini, ia dilihat siri tersebut akan turut diperluaskan ke arena permainan, dengan permainan pertama untuknya dijangka menjelang tiba tidak lama lagi.

Saladin Android

Saladin Android

Melalui permainan yang dinamakan “Saladin – The Hero Who Became A Legend” ini, ia membawakan permainan aksi seumpama Diablo, tetapi dikawal menggunakan peranti mudah-alih. Pengguna diperlukan untuk mengawal watak dengan tap pada skrin, dan pada masa yang sama membuat beberapa serangan.

Buat masa ini, permainan ini masih lagi dalam peringkat pembangunan – malah ketika kami mengujinya sendiri, ia mempunyai beberapa bug yang ketara.

Pembangunnya, Tomato Animation masih tidak berkongsi mengenai bilakah permainan berkenaan akan dilancarkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd