Cari @ Amanz

Mobile World Congress (MWC) untuk tahun ini bakal diadakan pada awal bulan Mac. Beberapa syarikat sedia menjadualkan acara pelancaran produk mereka, dan tidak ketinggalan adalah pengeluar peranti popular dari China, iaitu Huawei.

Huawei seperti semua sedia maklum, bakal memperkenalkan telefon pintar Ascend P8 mereka pada bulan April kelak. Di Mobile World Congress, mereka tidak akan memperkenalkan sebarang telefon pintar – sebaliknya lebih memfokuskan kepada peranti boleh-pakai.

Selain daripada peranti memfokuskan kepada kecergasan – yang mana akan hadir sebagai kemaskini kepada Talkband B1 sebelum ini, pihak Huawei turut dijangka untuk memperkenalkan jam tangan pintar berasaskan Android Wear pada acara berkenaan.

Ia dikatakan rekaan jam tangan pintar berasaskan Android Wear daripada Huawei akan berbeza dengan beberapa pengeluar lain di pasaran pada hari ini, selain turut mengintegraiskan sokongan kecergasan padanya.

Selain daripada peranti boleh-pakai, pihak Huawei juga dijangka untuk memperkenalkan beberapa tablet baru pada acara yang sama dijadualkan pada 1 Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd