Cari @ Amanz

Google NowGoogle Now merupakan salah satu perkhidmatan terbina yang hadir pada Android, memudahkan pengguna dalam mengikuti beberapa kandungan bergantung kepada konteks lokasi, masa, carian dan penggunaan mereka. Sehingga kini, ia hanya terhad kepada perkhidmatan Google sahaja, tetapi ia berubah kini apabila Google mengumumkan sokongan untuk aplikasi pihak ketiga.

Bersama-sama dengan pengumumannya, Google mengatakan kini ia menyokong lebih kurang 40 aplikasi daripada pihak ketiga, memudahkan anda untuk mendapat cadangan atau info berkaitan terus daripada panel Google Now. Antara aplikasi yang diintegrasikan termasuklah AirBNB, Shazam, Runtastic, dan beberapa yang lain.

Google mengatakan kemaskini baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua dalam minggu-minggu akan datang, selain mereka juga akan menambah lebih ramai rakan kerjasama untuk Google Now tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd