LibreOffice 4.4 Hadir Dengan Antaramuka Yang Serba Baru

Diterbitkan pada Feb 1, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LibreOffice merupakan salah satu perisian pejabat, yang mana boleh dikatakan sebagai salah satu pesaing terdekat untuk Microsoft Office. Ramai yang masih tidak menggunakannya, salah satu sebabnya adalah kerana antaramuka dan rekabentuk LibreOffice yang tidak menggunakan elemen moden sehingga sebelum ini.

LibreOffice 4.4

Terkini, melalui kemaskini LibreOffice 4.4, mereka mengemaskini penggunaan antaramuka pada perisian tersebut, sekaligus memudahkan lagi penggunaan bagi pengguna umum.

Disamping itu, kod keseluruhan perisian ini telah ditambah baik, termasuk sokongan format OOXML yang lebih diperluaskan. Pihak LibreOffice turut mengatakan sokongan media pada setiap platform juga turut ditambah-baik, selain pengguna disediakan dengan pelbagai template dokumen baru berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun LibreOffice secara percuma hari ini, dan gunakannya pada desktop anda.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami