Cari @ Amanz

Salah satu perkara biasa yang kita buat pada pelayar web adalah membuka tab baru. Terdapat beberapa pemalam untuk pelayar web yang menjadikan pembukaan tab baru menarik, termasuk memaparkan gambar yang cantik, menggunakannya dalam produktiviti, serta sebagainya. Terkini, salah satu pemalam baru yang ditemui dilihat memudahkan anda mempelajari bahasa Jepun setiap kali membuka tab baru.

Mainichi

Dinamakan sebagai Mainichi, ia memaparkan sebuah perkataan Jepun yang baru dilengkapi dengan gambar setiap kali anda membuka tab baru. Ia sekaligus membolehkan anda mengetahui perkataan-perkataan Jpun yang baru ketika anda ingin melayari web, sekaligus menjadikan pembelajarannya lebih menarik.

Bagi anda yang menggunakan Chrome, anda boleh memuat-turun pemalam ini secara percuma, dan memasangnya pada pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd