Pada bulan Disember yang lepas, laman perkongsian The Pirate Bay telah pun diserbu oleh pihak polis di Sweden, sekaligus membuatkan laman tersebut dimatikan dan tidak boleh diakses sejak daripadanya. Selepas itu, pihak Pirate Bay telah mengatakan akan kembali, dan hari ini, laman tersebut telah kembali beroperasi.
Pirate Bay versi baru ini dilihat masih bebas daripada iklan, tetapi perkara lain seperti penawaran dan sebagainya masih beroperasi seperti sebelum ini.
Ia turut dikatakan yang sejumlah pentadbir sebelum ini tidak dapat mengakses halaman pentadbir buat masa ini. Sebab disebaliknya tidak diketahui, tetapi ia dikatakan sejumlah pentadbir asal ingin hadir dengan sebuah versi tersendiri yang ingin menekankan kembali semangat komuniti seperti beberapa tahun yang dulu.
Memandangkan Pirate Bay mengehoskan sejumlah barangan berhak-cipta, maka ia tidak diketahui lagi sampai bilakah versi baru ini akan dapat bertahan dalam arena web.