Google Earth Pro Kini Ditawarkan Secara Percuma Kepada Semua

Google Earth Pro Kini Ditawarkan Secara Percuma Kepada Semua

Diterbitkan pada Feb 1, 2015 oleh .

Google Earth sedia ditawarkan secara percuma sejak dulu daripada Google. Selain itu, mereka juga mempunyai penawaran yang khusus untuk perusahaan sebelum ini, dinamakan sebagai Google Earth Pro dan memerlukan bayaran langganan sebanyak $399 setahun untuk menggunakannya.

Google Earth Pro

Kini perkara tersebut berubah, apabila Google mula menawarkan Google Earth Pro secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat-turun tanpa sebarang langganan seperti sebelumnya.

Google Earth Pro menawarkan pelbagai fungsi Google Earth, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan pengimejan yang lebih jelas, serta beberapa fungsi tambahan seperti merancang rekaan bangunan pada sesuatu lokasi, mengukur saiz bangunan, serta menggunakannya dalam kajian serta pembelajaran.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Google Earth Pro hari ini. Sebelum dapat memuat-turunnya, pengguna akan diperlukan untuk mengisi maklumat peribadi terlebih dahulu, dan seterusnya anda akan diberikan dengan kata kunci khusus untuk menggunakan Google Earth Pro.

Muat-Turun Google Earth Pro


TIPS & ULASAN