Oppo R5 Dengan Variasi Warna Emas Akan Dilancarkan Pada 14 Februari

Oppo R5 Dengan Variasi Warna Emas Akan Dilancarkan Pada 14 Februari

Diterbitkan pada Feb 2, 2015 oleh .

Oppo sebelum ini telah memperkenalkan Oppo R5 pada tahun lepas, dimana ketika itu ia hadir dalam variasi warna silver. Kini, dengan permintaan tinggi dikalangan pengguna, Oppo dilihat turut hadir dengan sebuah lagi variasi warna untuk Oppo R5, yang mana diliputi oleh warna emas.

Oppo R5 Gold

Penggunaan warna emas pada variasi baru Oppo R5 ini tidaklah menyeluruh, sebaliknya lebih kepada meliputi rekaan bingkai pada peranti berkenaan. Selain daripada warna, pelbagai perkara lain adalah kekal sama, termasuk sokongan pengecasan pantas VOCC dan juga rekaan peranti yang amat nipis berbanding beberapa pesaing lain.

Dari segi spesifikasi, Oppo R5 dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.2-inci AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan juga bateri berkapasiti 2000mAh. Ia dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan dipasarkan di Malaysia pada harga RM1598. Namun, versi berwarna emas yang hadir dalam kuantiti terhad ini ditawarkan pada harga sedikit mahal, iaitu RM1798.

Oppo R5 Gold

Oppo R5 Gold

Oppo mengatakan penggunaan warna emas ini hanya sekadar konsep sahaja sebelum ini, tetapi berdasarkan permintaan ramai, mereka bercadang untuk melancarkannya.

Oppo R5 berwarna emas ini bakal dilancarkan untuk pasaran global pada 14 Februari ini.


TIPS & ULASAN