Kaspersky QR Scanner Ingin Melindungi Anda Daripada Kod QR Dengan Pautan Berbahaya

Kaspersky QR Scanner Ingin Melindungi Anda Daripada Kod QR Dengan Pautan Berbahaya

Diterbitkan pada Feb 2, 2015 oleh .

Penggunaan kod-kod QR semakin lama semakin banyak digunakan, terutamanya pada aplikasi-aplikasi berbentuk permesejan. Pada masa yang sama, penggunaan kod QR juga sedang meningkat popularitinya dengan lebih ramai menggunakan peranti mudah-alih dan penggunaan kod QR ini memudahkan input untuk melayari sesuatu web.

Berbanding kebiasaannya yang memerlukan pengguna menaip alamat URL yang mungkin melecehkan, penggunaan kod QR memudahkan proses berkenaan, dimana pengguna hanya perlu mengimbas kod berkenaan dan melayari sesuatu web.

Kaspersky QR Scanner

Apa pun, perkara ini turut membawa kepada satu lagi perkara yang merisaukan – dimana anda mungkin terimbas sesuatu kod QR dengan alamat URL yang berbahaya, sekaligus memberikan impak negatif kepada data pada peranti mudah-alih anda.

Kini, untuk mengatasinya, pihak Kaspersky hadir dengan sebuah aplikasi khas, dinamakan sebagai Kaspersky QR Scanner. Menggunakannya, ia berfungsi sebagai pengimbas kod QR, dan pengguna akan diperlihatkan dengan pautan yang akan dibuka olehnya, selain memberikan amaran sekiranya sesuatu pautan berbahaya.

Bagi anda yang banyak mengimbas kod QR menggunakan peranti mudah-alih anda, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakan aplikasi ini, sekaligus pada masa yang sama mengelakkan anda daripada terbuka pautan berbahaya menggunakan pengimbas kod QR anda.

Muat-Turun Kaspersky QR Scanner untuk Android


TIPS & ULASAN