HP Pavilion Mini Kini Di Malaysia – Desktop Bersaiz Kecil, Pada Harga RM1199

HP Pavilion Mini Kini Di Malaysia – Desktop Bersaiz Kecil, Pada Harga RM1199

Diterbitkan pada Feb 2, 2015 oleh .

Pada awal bulan Januari, HP telah memperkenalkan beberapa produk baru, dan salah satunya adalah HP Pavilion Mini. Ia merupakan sebuah komputer desktop bersaiz mini dan hadir dengan sokongan asas, memudahkan anda membawanya ke mana-mana atau memasangnya tanpa menggunakan ruangan yang banyak.

HP Pavilion Mini

Terkini, HP Pavilion Mini ini dilihat telah pun mula ditawarkan di Malaysia, dimana Hewlett-Packard menyenaraikan komputer ini pada harga RM1199.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip Intel Core i3-4025U, memori 2GB RAM, ruangan storan 500GB SATA, dan menggunakan Intel Graphics 4000. Untuk sambungan port, HP Pavilion Mini ini menyertakan 4 USB 3.0, ruangan fon kepala, pembaca kad-memori, sambungan ethernet, sambungan HDMI, dan juga sambungan DP. Dengan sokongan HDMI dan juga DP (Display Port), ia sekaligus memblehkan anda menggunakan dua skrin pada masa yang sama melalui HP Pavilion Mini ini.

Jadi, pada harga RM1199, adakah ia berbaloi untuk anda?


TIPS & ULASAN