Samsung GALAXY Note Edge Mula Dijual – Hadir Dengan Skrin Tepi Melengkung

Samsung GALAXY Note Edge Mula Dijual – Hadir Dengan Skrin Tepi Melengkung

Diterbitkan pada Feb 10, 2015 oleh .

Keluarga GALAXY Note daripada Samsung merupakan salah satu keluarga peranti yang mempunyai peminatnya tersendiri, apatah lagi dengan fungsi dan kualiti yang dibawakan olehnya. Pada tahun lepas, ketika memperkenalkan Note 4, Samsung turut memperkenalkan GALAXY Note Edge yang membawakan bahagian skrin tepi yang melengkung, sekaligus menjadikan cara penggunaan telefon pintar berkenaan sedikit berbeza dengan penggunaan peranti biasa.

Galaxy Note Edge

GALAXY Note Edge membawakan skrin pada bahagian kanannya melengkung, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna melihat pelbagai kemaskini dan notifikasi dari beberapa perkhidmatan dengan mudah tanpa perlu mengaktifkan skrin utama. Dengan melihat notifikasi dari skrin melengkung ini ia bakal menjimatkan kuasa bateri pada peranti ini.

Bahagian melengkung pada tepi peranti GALAXY Note Edge ini juga memudahkan anda mengakses pelbagai aplikasi yang sering digunakan anda, dan selain itu ketika anda menonton video atau bermain game, notifikasi seperti panggilan dan SMS dipaparkan pada tepi, dan tidak akan menganggu paparan skrin atau apa yang sedang anda lakukan pada skrin utama. Beberapa fungsi khusus seperti stopwatch, timer, perakam audio dan beberapa aplikasi lain turut boleh dilancarkan secara terus melalui skrin tepi pada GALAXY Note Edge ini.

Di Malaysia, GALAXY Note Edge ditawarkan hanya pada harga RM2999, dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara bermula 9 Februari ini.

Samsung Galaxy Note Edge

Samsung Galaxy Note Edge

Galaxy Note Edge

Penafian: Advertorial oleh Samsung Malaysia


TIPS & ULASAN