HTC Nexus 9 Mula Dijual Di Malaysia – 8.9-inci, Android 5.0, Tegra K1, RM1999
HTC

HTC Nexus 9 Mula Dijual Di Malaysia – 8.9-inci, Android 5.0, Tegra K1, RM1999

Diterbitkan pada Feb 2, 2015 oleh .

Google telah memperkenalkan tablet Nexus yang dibangunkan oleh HTC pada tahun lepas, dinamakan sebagai Nexus 9. Kini, selang beberapa bulan, selepas melalui fasa pra-tempahan oleh beberapa penjual, kini HTC Nexus 9 mula dijual secara rasminya di Malaysia.

Nexus 9

Nexus 9

HTC Nexus 9 dilengkapi dengan skrin 8.9-inci IPS LCD, cip pemprosesan 64-bit NVIDIA Tegra K1 2.3GHz, GPU 192-teras Kepler, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.6-megapixel, dan bateri berkapasiti 6700mAh.

Nexus 9

Dengan penawaran tablet Nexus 9 ini, ia membawakan antaramuka Android asal tanpa sebarang penambahan HTC Sense, selain mana kemaskini rasmi akan ditawarkan secara terus daripada pihak Google. Perkara ini sekaligus menjadikan tablet ini antara tablet terawal untuk menerima kemaskini Android berbanding sejumlah peranti Android lain di pasaran.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan tablet Nexus 9 ini daripada para pengedar rasmi HTC seluruh negara pada harga RM1999.


TIPS & ULASAN