Cari @ Amanz

Sejumlah pengeluar kenderaan telah mengumumkan dan memperlihatkan secara kasar projek kereta yang dipandu secara automatik tanpa sesiapa yang mengawalnya. Kini, penyedia perkhidmatan yang menghubungkan pengguna dan pemandu, Uber turut dilihat menyertai arena sama.

Untuknya, mereka menubuhkan Uber Advanced Technology dengan kerjasama pihak Carnegie Mellon University. Melalui kerjasama ini, mereka akan bekerjasama dalam arena pemetaan, keselamatan kenderaan dan juga teknologi automatik.

Dengan kenderaan yang dipandu automatik ini, ia dilihat Uber boleh mengurangkan lagi kos yang perlu dibayar oleh pengguna untuk pengangkutan, memandangkan tiada sesiapa yang perlu dibayar – seperti perlu membayar kos pemandu pada hari ini. Ia juga dikatakan akan menjadikan konsep perkongsian kenderaan lebih baik berbanding pada hari ini.

Selain Uber, pada awal pagi tadi, pihak Google turut dikatakan melihat kepada arena yang lebih kurang sama, dimana pengguna boleh membuat tempahan kenderaan menggunakan aplikasi mudah-alih, dan ia menggunakan kenderaan automatik untuk tujuan tersebut.

Apa pun, perkara ini mungkin akan melihat melalui fasa beberapa dekad terlebih dahulu sebelum ia direalisasikan sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd