Cari @ Amanz

Razer hari ini telah memperkenalkan kemaskini kepada komputer riba dibawah siri Blade mereka, dimana Razer Blade baru dengan skrin 14-inci ini hadir dengan pelbagai kemaskini spesifikasi yang baru. Seperti sebelum ini juga, pihak Razer mengatakan komputer riba baru ini adalah komputer riba memfokuskan gaming yang paling nipis dan ringan dengan skrin bersaiz 14-inci.

Razer Blade baru ini hadi dengan skrin sentuh 14-inci dengan paparan resolusi QHD+ (3200×1800 pixel), dilengkapi GPU daripada NVIDIA – iaitu GTX 970M (3GB GDDR5 VRAM), memori sebanyak 16GB RAM, dan juga ruangan storan sehingga 512GB SSD.

Razer Blade 14

Selain daripada itu, untuk pemprosesan utama, ia menggunakan Intel Core i7-4720HQ dimana membawakan sokongan Turbo Boost sehingga 3.6Ghz.

Sokongan lain yang disertakan termasuklah sokongan audio daripada Dolby Digital plus Home Theater Edition, kebolehan output HDMI, papan-kekunci dengan kebolehan mengawal backlight, dan juga kamera hadapan 2.0-megapixel.

Razer Blade 14

Harga jualan untuk pasaran Amerika Syarikat adalah bermula daripada $2199, dan pihak Razer mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia sekitar bulan Mac ini.

Selain daripada itu, pihak Razer juga turut menawarkan variasi tanpa skrin sentuh, resolusi pada 1920×1800 pixel, dan memori sebanyak 8GB RAM, serta membawakan tanda harga yang lebih rendah. Namun, variasi ini masih tidak dirancang untuk dipasarkan di pasaran Malaysia buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd