Cari @ Amanz

Toshiba-penyulitan

Saiz pemacu ibu jari semakin besar walaupun mempunyai saiz yang kecil. Ini membuatkannya menjadi medium penyimpanan data yang paling mudah dibawa kemana-mana jika dibandingkan dengan pemacu cakera keras luaran. Tidak seperti pemacu keras, pemacu ibu jari tidak mempunyai sistem penyulitan terbina bagi menyukarkan data dibaca. Toshiba kini menghasilkan pemacu ibu jari dengan sistem penyulitannya sendiri. Sebelum memasang pemacu pada komputer, pengguna perlu menekan masuk pin keselamatan pada kekunci yang terletak pada tubuh pemacu. Sistem penyulitan 256 bit digunakan bagi memastikan data tersimpan dengan lebih selamat. Pemacu ini juga akan memadamkan data tersimpan sekiranya pin yang salah dimasukkan 10 kali berturut-turut. Selain daripada itu ia juga kalis air dengan ketahanan IP57. Toshiba menghasilkan pemacu ini dengan saiz 4,8, 16 dan 32 Gigabyte. Harga jualan pemacu ibu jari ini bermula dari $60 sebuah.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd