Samsung Mempatenkan Peranti Dengan Dua Skrin Pada Sisi

Samsung Mempatenkan Peranti Dengan Dua Skrin Pada Sisi

Diterbitkan pada Feb 4, 2015 oleh .

Samsung Galaxy Note Edge ialah peranti yang sedang kami uji di makmal Amanz. Peranti ini mempunyai skrin tambahan pada sebelah kiri tubuh untuk mempamerkan maklumat berita, cuaca dan juga media sosial. Terdapat ura-ura peranti seterusnya yang akan dihasilkan oleh Samsung ialah Samsung Galaxy Edge yang menggantikan S5. Ia turut dikatakan akan mempunyai skrin tambahan pada bahagian sisi seperti Note Edge. Ura-ura ini semakin mungkin benar kerana Samsung sudahpun menfailkan paten untuk peranti dengan dua skrin tambahan pada bahagian tepinya. Perbezaan paling ketara paten ini dengan Note Edge ialah dwi skrin yang digunakan turut boleh diakses dari bahagian belakang peranti. Tidak diketahui bagaimanakah dua skrin pada sisi peranti ini akan digunakan tetapi ia mungkin akan menggunakan beberapa fungsi yang dipatenkan sebelum ini.

Samsung-Paten


TIPS & ULASAN