Robot sudah mula muncul di dalam kehidupan manusia sejak 1950an. Tetapi sekitar 1970an ia mula mengambil alih tugas manusia di dalam industri automotif mengakibatkan ramai pekerja kehilangan kerja. Sejak kebelakangan ini semakin banyak tugas manusia diambil alih oleh robot. Sebagai contoh Rumba ialah robot yang memvakum rumah anda secara automatik tanpa perlu diberikan arahan. Kini wujud sebuah lagi robot yang bakal memudahkan hidup manusia yang malas. Auto Mee S ialah robot mini yang tugasnya ialah membersihkan paparan peranti pintar anda. Ia boleh membersihkan tablet dan juga telefon pintar hanya dalam masa beberapa minit. Ia hanya memerlukan sebutir bateri bersaiz AA untuk berfungsi. Tidak mengejutkan Auto Mee S dicipta oleh syarikat Takara Tomy yang berpangkalan di Jepun. Negara Jepun memang adalah pelopor penggunaan robot dalam kehidupan seharian. Harga jualan sebuah robot ini ialah $21 sebuah. Apa yang kami betul-betul perlukan sebenarnya bukanlah robot yang membersihkan skrin peranti tetapi sebuah robot yang boleh memasangkan pengecas pada peranti secara automatik apabila bateri mencecah paras bahaya. Pada waktu yang sama jika ada yang mahu mencipta robot yang boleh menyidai baju dari dalam mesin basuh juga sangat dialu-alukan.