Cari @ Amanz

Leagoo merupakan salah satu pengeluar peranti dari China, dimana mereka telah mula menawarkan sejumlah peranti untuk pengguna tempatan. Terkini, mereka turut menambah penawaran Leagoo Lead 7 untuk pasaran tempatan – sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu peranti dengan kapasiti bateri yang amat besar.

Leagoo Lead 7 membawakan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori 1GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel, ruangan storan terbina 8GB, dan sokongan kad mikro-SD.

Leagoo Lead 7

Berbeza dengan versi antarabangsa yang membawakan bateri berkapasiti 4500mAh, untuk Leagoo Lead 7 di Malaysia, ia hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Melaluinya, ia menawarkan masa bertahan sehingga 12 hari, masa memainkan video sehingga 9 jam, atau masa memainkan lagu sehingga 25 jam.

Pihak Leagoo juga turut mengatakan Lead 7 turut boleh digunakan sebagai powerbank, dengan berkongsi kuasa kepada peranti milik rakan anda sekiranya ia kehabisan kuasa. Disamping itu, peranti ini juga turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas untuk memudahkan proses pengguna mengecas Lead 7.

Di Malaysia, Leagoo Lead 7 telah mula dijual, dan ia membawakan tanda harga RM599.

Leagoo Lead 7

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd