Aplikasi MyKahwin Untuk iPhone Ingin Memudahkan Perancangan Perkahwinan Anda

Diterbitkan pada Feb 4, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkahwinan merupakan antara perisitiwa penting dalam hidup seseorang, dan ia biasanya dirancang dengan teliti dan rapi. Beberapa aplikasi sedia disediakan dalam membantu perancangannya, dan terkini salah satu aplikasi baru daripada pembangun tempatan adalah MyKahwin.

Aplikasi MyKahwin ini ditawarkan untuk pengguna iPhone dan iPad sahaja buat masa ini, dan menurut pembangunnya, mereka tiada perancangan untuk versi Android.

MyKahwin

Menggunakan aplikasi MyKahwin ini, pengguna boleh membuat perancangan belanjawan dengan mudah, selain turut melihat senarai perkara yang perlu dilakukan sebelum melangsungkan sesuatu perkahwinan. Aplikasi tersebut sendiri dilengkapi beberapa data yang dicadangkan berbentuk universal dan boleh digunakan ramai.

Aplikasi MyKahwin ini ditawarkan secara berbayar, dan boleh didapati dari Apple AppStore pada harga $1.99.

Muat-Turun MyKahwin untuk iOS

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami