Uber Mengubah Harga Caj Yang Dikenakan Untuk UberBLACK Di Kuala Lumpur

Uber Mengubah Harga Caj Yang Dikenakan Untuk UberBLACK Di Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Feb 5, 2015 oleh .

Uber mempunyai dua tawaran perkhidmatan di Malaysia, iaitu UberBLACK dan juga UberX. UberBLACK merupakan perkhidmatan premium mereka dengan menggunakan kereta berharga, dan pada masa yang sama memberikan pengalaman yang lebih premium didalam kenderaan.

Mereka telah menawarkan perkhidmatan UberBLACK terlebih dahulu di Malaysia, dan sejak daripada pengenalannya, hari ini pihak Uber mengumumkan kenaikkan harga buat pertama kalinya untuk perkhidmatan tersebut. Perkara ini diumumkan oleh mereka melalui emel yang dihantar kepada semua pelanggan Uber di Kuala Lumpur.

Menurut Uber, peningkatan harga ini adalah salah satu usaha mereka untuk menjaga pemandu Uber untuk usaha dan tenaga mereka. Perubahan harga baru ini juga akan mula aktif bermula hari ini, 5 Februari.

UberBLACK KL

Melalui perubahan harga baru ini, setiap minit ketika dalam perjalanan akan dicaj sebanyak 50 sen, dan caj jarak sebanyak RM1.40 akan dikenakan. Uber turut memberikan contoh mengatakan perjalanan daripada Bangsar Baru ke KL Sentral akan dikenakan caj sekitar RM11 ke RM15 melalui penggunaan perubahan harga baru ini.

Uber turut mengubah kadar bayaran untuk ke lapangan terbang, dimana kini caj tetap sebanyak RM200 dikenakan dari KLIA ke Kuala Lumpur.

Uber mengatakan tiada perubahan untuk UberX buat masa ini.


TIPS & ULASAN