Android 5.1 Lollipop Hadir Bersama-sama Pengenalan Android One Di Indonesia

Android 5.1 Lollipop Hadir Bersama-sama Pengenalan Android One Di Indonesia

Diterbitkan pada Feb 5, 2015 oleh .

Google kini telah memperluaskan penawaran Android One mereka ke pasaran Indonesia selepas kejayaannya di India. Menariknya mengenai pengenalan peranti Android One di Indonesia adalah dimana ia hadir bersama-sama Android 5.1 Lollipop – versi terbaru sistem operasi Android, yang mana masih belum ditawarkan atau diumumkan oleh Google.

Android One

Melalui Android 5.1, Google dilihat mengatasi sejumlah masalah yang telah dikenal-pasti pada versi sebelum ini, termasuk menambah naik pengurusan RAM dan juga penggunaan bateri. Disamping itu, Google turut menambah sokongan Silent Mode pada Android 5.1, dan menyelesaikan sejumlah masalah termasuk menambah-baik kestabilan sistem Android.

Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Namun, seperti biasa Google dijangka akan menawarkan kemaskini ini untuk peranti Nexus tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN