Microsoft Dilaporkan Mengambil-Alih Aplikasi Kalendar – Sunrise

Microsoft Dilaporkan Mengambil-Alih Aplikasi Kalendar – Sunrise

Diterbitkan pada Feb 5, 2015 oleh .

Sunrise merupakan salah satu aplikasi kalendar dengan rekaan antaramuka yang amat kemas dan digemari ramai. Mereka sedia menawarkan aplikasi untuk iOS, Android dan juga Mac OS X sebelum ini. Mengikut apa yang dilaporkan, Microsoft mengambil-alih Sunrise ini pada harga hampir $100 juta.

Sunrise Mac

Pengambil-alihan ini juga terus mengukuhkan lagi portfolio penawaran aplikasi yang disediakan oleh Microsoft. Sebelum ini, mereka telah mengambil-alih Acompli yang mana seterusnya hadir dengan aplikasi Outlook untuk Android dan iOS. Jadi, kita juga mungkin akan melihat perkara sama dilakukan Microsoft dengan pengambil-alihan aplikasi Sunrise ini.

Ia dikatakan Microsoft akan mengekalkan penggunaan jenama Sunrise dan menawarkan aplikasi ini secara berasingan, tetapi pada masa yang sama menggunakan teknologi dan kemahiran pasukan disebaliknya pada produk lain.

Selain pengambil-alihan Sunrise ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak pengambil-alihan dilakukan oleh Microsoft dalam bulan-bulan akan datang ini?

Muat-Turun Sunrise untuk Android

Muat-Turun Sunrise untuk iOS


TIPS & ULASAN