Carian
Guna Windows 10 Preview? Anda Boleh Mencuba Office Untuk Windows 10 Hari Ini
February 5, 2015 Aman

Ketika pengumuman Windows 10 tempoh hari, Microsoft turut sama telah memperlihatkan perisian Office untuk Windows 10 yang dioptimasikan untuk pelbagai saiz skrin. Kini, untuk mendapatkan maklumbalas awal pengguna, mereka telah pun menerbitkan versi preview khusus untuk pengguna Windows 10 Technical Preview.

Melalui apa yang diterbitkan oleh Microsoft hari ini, sebanyak 3 aplikasi diterbitkan iaitu Word Preview, Excel Preview dan juga PowerPoint Preview. Aplikasi baru ini hanya khusus untuk Windows 10, dan pengguna perlu mempunyai versi Windows 10 Technical Preview terpasang untuk dapat menggunakannya.

Office Windows 10

Office Windows 10

Office Windows 10

Seperti semua sedia maklum, perisian pejabat Microsoft ini membawakan sedikit perubahan pada antaramuka, dan dioptimasikan rekaannya untuk pelbagai jenis saiz skrin.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, anda boleh memuat-turun perisian pejabat Microsoft yang masih dalam peringkat Preview ini, sekaligus menawarkan maklumbalas kepada Microsoft berkaitan dengannya.

Komen