Terdapat banyak projek aneh di Kickstarter tetapi kami rasakan hari ini kami menemui projek yang aneh dan pada masa yang sama adalah menarik. Tidak dapat dinafikan majoriti lelaki lebih gemar kencing berdiri. Apabila di luar rumah terdapat tempat kencing berdiri di tandas awam yang boleh digunakan tetapi tidak ada satu rumahpun setahu kami yang mempunyai urinal. Oleh itu Main Drain dicipta bagi memudahkan anda kencing berdiri di rumah tanpa masalah kotoran pada lantai akibat bidikan yang kurang tepat. Pencipta Main Drain mendakwa di dalam sebuah pungutan suara yang dilakukan, 9 daripada 10 orang lelaki mengaku mahukan sebuah tempat kencing berdiri di rumah. Malangnya masalah harga dan ruang tandas yang sempit membuatkan impian ini tidak akan menjadi realiti. Main Drain dengan mudah boleh dipasang pada bucu mangkuk tandas sedia ada. Ia juga mudah diubah suai mengikut ketinggian pengguna. Apabila tidak digunakan ia boleh ditanggalkan dengan mudah. Main Drain masih cuba mengumpul dana dan boleh boleh dibeli pada harga $35 sebuah.
Main Drain : Alat Kencing Berdiri Untuk Tandas Duduk
Kongsi
Komen ()
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd