Cari @ Amanz

Terdapat sejumlah perisian dan aplikasi yang memudahkan pengguna untuk mengosongkan ruangan para peranti iOS mereka. Terkini, salah satu perisian baru yang hadir dan ditawarkan secara percuma adalah PhoneExpander.

PhoneExpander dilihat sebagai salah satu perisian yang amat mudah digunakan berbanding beberapa yang lain. Untuk menggunakannya, pengguna perlulah mempunyai komputer OS X versi terkini. Selepas memasang PhoneExpander, anda hanya perlu menghubungkan peranti iOS anda, dan melihat kepada pelbagai storan yang terdapat pada peranti anda, dan kosongkannya dengan mudah.

PhoneExpander

Melalui PhoneExpander, anda boleh melihat kepada cache aplikasi yang boleh dipadam. Disamping itu, PhoneExpander turut membolehkan anda membuang gambar dan video yang dirakamkan serta pada masa yang sama membuat salinan pendua ke desktop sebelum memadamkannya.

Pengguna juga turut boleh melihat aplikasi yang memakan ruangan storan besar, dan membuang ia dengan mudah menggunakan PhoneExpander ini.

Beberapa fungsi tambahan juga dirancang untuk diperkenalkan oleh pembangunnya tidak lama lagi.

Bagi pengguna peranti iOS dan menggunakan OS X, anda boleh memuat-turun PhoneExpander hari ini, dan menambah ruangan kosong pada peranti anda dengan membuang pelbagai perkara yang tidak digunakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd