Aplikasi Lakaran Popular Pada iPad – Paper Kini Ditawarkan Secara Percuma, Tiada Lagi Pembelian Dalam-Aplikasi

Aplikasi Lakaran Popular Pada iPad – Paper Kini Ditawarkan Secara Percuma, Tiada Lagi Pembelian Dalam-Aplikasi

Diterbitkan pada Feb 5, 2015 oleh .

Paper merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan mereka yang gemar melakar. Saya sendiri pernah menggunakannya, dan ia menawarkan antaramuka dan fungsi yang amat menarik – serta memudahkan lakaran, pengambilan nota dan menyimpannya untuk diakses kembali pada masa akan datang.

Aplikasi Paper Untuk iPad

Aplikasi Paper Untuk iPad

Aplikasi Paper Untuk iPad

Aplikasi Paper Untuk iPad

Paper pada pengenalan tidak lama sebelum ini, ia memfokuskan kepada pembelian dalam-aplikasi. Hanya satu fungsi asas sahaja yang ditawarkan secara percuma, dan pengguna perlu membuat pembelian dalam-aplikasi untuk mendapatkan beberapa fungsi tambahan sekaligus memudahkan proses lakaran.

Terkini, syarikat disebaliknya, FiftyThree membuat perubahan cara penawaran, dimana keseluruhan aplikasi Paper kini ditawarkan secara percuma – tanpa memerlukan pengguna membuat pembelian dalam-aplikasi. Pelbagai preset kini boleh digunakan tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran.

Dengan perubahan ini, pihak FiftyThree mungkin menyasarkan untuk menjual lebih banyak stylus mereka yang dinamakan sebagai Pencil.

Bagi anda yang gemar melakar, mungkin boleh mendapatkan aplikasi ini secara percuma di iPad anda hari ini.

Muat-Turun Paper untuk iPad


TIPS & ULASAN