Cari @ Amanz

SwatchSwatch merupakan salah satu jenama jam tangan yang popular di seluruh dunia. Kini, dengan pelbagai persaingan dalam arena jam tangan pintar yang memperlihatkan pelbagai syarikat menyertainya, pihak Swatch tidak ingin ketinggalan dan turut merancang untuk memperkenalkan jam tangan pintar mereka dalam tempoh lebih kurang tiga bulan lagi.

Jam tangan pintar daripada Swatch ini dikatakan akan turut berfungsi dengan peranti Android dan Windows tanpa sebarang masalah, disamping turut mengintegrasikan sokongan membuat pembayaran mudah-alih. Swatch juga dijangka akan menawarkan bateri yang tahan lama, dan tidak seperti beberapa pengeluar jam tangan pintar pada hari ini.

Untuk tujuan pembayaran tersebut, Swatch dikatakan sedang berbincang dengan beberapa penjual di Switzerland, dan mungkin ditawarkan di negara tersebut sahaja pada peringkat pengenalan.

Buat masa ini, fungsi lanjut mengenai jam tangan pintar daripada Swatch ini masih tidak diketahui lagi. Memandangkan Swatch sedia mempunyai pengalaman dalam arena ini melalui jenama Tissot dan beberapa yang lain, maka semestinya pengenalan jam tangan pintar Swatch sesuatu yang dinantikan ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd