VLC Untuk Android Kini Ditawarkan Dalam Variasi Stabil Dan Beta Pada Google Play Store

VLC Untuk Android Kini Ditawarkan Dalam Variasi Stabil Dan Beta Pada Google Play Store

Diterbitkan pada Feb 6, 2015 oleh .

VLC merupakan salah satu pemain media popular, yang mana bukan sahaja ditawarkan pada desktop, tetapi juga pada peranti mudah-alih. Mereka telah menawarkan versi khusus untuk Android sejak sekian lama, dan kini mereka melakukan sedikit perubahan pada penawaran mereka.

VLC Untuk Android

Melalui perubahan baru ini, VLC kini menawarkan variasi aplikasi mereka dalam bentuk stabil dan juga versi beta. Penawaran VLC untuk Android sebelum ini kini dilabelkan sebagai beta sekaligus memperlihatkan ia akan menerima kemaskini lebih awal selain mungkin akan menerima beberapa fungsi baru terlebih dahulu.

Untuk penawaran versi stabil, pihak VLC membuat penerbitan baru. Daripada apa yang dilihat, VLC versi stabil kini menggunakan angka versi 1.0.1 sementara versi beta menggunakan angka versi 0.9.10.

Bagi anda yang menggunakan Android, boleh memuat-turun versi beta dan juga versi stabil untuk VLC Android ini hari ini, dan menggunakannya dalam memainkan sejumlah video dan audio pada peranti anda.

Muat-Turun VLC untuk Android

Muat-Turun VLC untuk Android Beta


TIPS & ULASAN