Cari @ Amanz

Arena sukan elektronik telah mula mendapat perhatian ramai sejak setahun dua ini, termasuk di Malaysia sendiri telah hadirnya Persatuan Sukan Elektronik Malaysia. Melihat kepada perkembangan sihat arena ini, kini TheScore yang sedia hadir dengan aplikasi untuk info semasa sukan, kini turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk sukan elektronik.

TheScore ESports

Melalui aplikasi yang dinamakan sebagai eSports ini, ia membolehkan pengguna melihat pelbagai berita semasa, melihat skor terkini, dan beberapa maklumat tambahan mengenai arena sukan elektronik ini.

Pengguna juga turut diberikan dengan sebuah menu khusus yang membolehkan mereka hanya mengikuti berita semasa berkaitan Dota2, Counter-Strike : Global Offensive, StarCraft 2, Call of Duty dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya ditawarkan untuk Android sahaja, dan pembangunnya mengatakan mereka akan hadir dengan versi iOS tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd