Photos Untuk Mac OS X Hadir Pada Developer Preview – Untuk Umum Dalam Beberapa Bulan Lagi

Photos Untuk Mac OS X Hadir Pada Developer Preview – Untuk Umum Dalam Beberapa Bulan Lagi

Diterbitkan pada Feb 6, 2015 oleh .

Apple ketika memperkenalkan OS X Yosemite tahun lepas, telah sedia mengatakan akan menggantikan perisian iPhoto yang sedia digunakan ramai pengguna OS X dengan sebuah perisian baru dinamakan Photos. Kini, perisian baru tersebut mula ditawarkan melalui Developer Preview terkini, sekaligus menandakan akan hadir kepada pengguna umum tidak lama lagi.

Perisian Photos untuk Mac ini hadir dalam memudahkan proses pengguna sync pelbagai gambar pada peranti iPhone, iPad dan juga komputer OS X. Segala gambar yang disimpan boleh disync terus ke iCloud Photo Library, dan pada masa yang sama membuatkan pelbagai penyuntingan yang dilakukan pada peranti mudah-alih turut diakses melalui desktop.

Photos Mac

Photos Mac

Seperti pada peranti mudah-alih juga, Photos membawakan sokongan penyuntingan pantas dalam menjadikan gambar lebih menarik, selain turut mengintegrasikan beberapa elemen seumpama perisian Aperture sebelum ini.

Photos untuk Mac ini dijangka akan ditawarkan kepada umum dalam bentuk beta dalam masa beberapa bulan lagi, dan bagi para pembangun, anda boleh mencubanya hari ini melalui penawaran versi pembangunan.


TIPS & ULASAN