Cari @ Amanz

TuneTalk hari ini secara rasminya telah memulakan perkhidmatan 4G LTE mereka, sekaligus menawarkan perkhidmatan rangkaian data lebih 3 ke lima kali ganda pantas berbanding 3G sebelum ini. Seperti biasa, pengguna akan diperlukan untuk mengubah kad-SIM mereka kepada kad-SIM 4G LTE daripada TuneTalk sebelum dapat menikmati rangkaian berkelajuan tinggi tersebut.

TuneTalk

Apa pun, TuneTalk buat masa ini menawarkan perkhidmatan rangkaian 4G LTE ini secara terhad, dimana sejumlah pelanggan sedia ada akan menerima notifikasi dalam bentuk SMS meminta sama ada mereka ingin menaik-taraf ataupun sebaliknya.

TuneTalk mengatakan mereka akan menawarkan perkhidmatan tersebut kepada semua pelanggan mereka dalam masa terdekat. Walaupun mengubah kad-SIM, ia dilihat pelanggan TuneTalk tidak perlu mengubah sebarang pelan khusus untuknya.

Buat masa ini, kawasan liputan penuh untuknya masih tidak diketahui lagi, namun kita boleh sasarkan yang mana ia akan diperkenalkan secara berperingkat bermula dari Lembah Klang. Kami telah menghubungi pihak TuneTalk berkaitan perkara ini, dan akan mengemaskini berkaitan dengannya sebaik sahaja menerima maklumat lanjut mengeianya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd