Project Phire Dari Corning Ingin Membawakan Kalis-Calar Seumpama Kaca Saphhire

Project Phire Dari Corning Ingin Membawakan Kalis-Calar Seumpama Kaca Saphhire

Diterbitkan pada Feb 7, 2015 oleh .

Gorilla Glass 4Corning sedia terkenal dengan pengeluaran kaca skrin untuk peranti mudah-alih melalui Gorilla Glass. Terkini, dalam bergerak kehadapan, mereka dilihat sedang membangunkan sebuah projek baru, dinamakan sebagai Project Phire yang ingin membawakan ketahanan seperti Gorilla Glass, dan kalis-calar seumpama kaca saphhire.

Menurut pihak Corning, kaca sapphire menawarkan sokongan kalis calar yang amat baik, tetapi dari segi ketahanan ketika terjatuh dan sebagainya adalah agak mendukacitakan. Jadi, mereka ingin hadir dengan sebuah produk baru yang membawa kelebihan kalis calar berkenaan, dan pada masa yang sama membawakan ketahanan seumpama kaca Gorilla Glass.

Pada hari ini, kaca keluaran Corning dinamakan Gorilla Glass sedia digunakan oleh sejumlah pengeluar seluruh dunia, termasuk Samsung, Motorola dan sebagainya. Walaupun menawarkan ketahanan ketika terjatuh dan sebagainya, namun ia masih terdedah kepada calar dengan mudah. Mungkin Project Phire ini akan mengatasi perkara tersebut sekaligus menawarkan peranti yang lebih baik kepada pengguna.


TIPS & ULASAN