Mu System – Pengecas Telefon Pintar Dan Tablet Paling Nipis Di Dunia Dengan Sokongan Soket Antarabangsa

Mu System – Pengecas Telefon Pintar Dan Tablet Paling Nipis Di Dunia Dengan Sokongan Soket Antarabangsa

Diterbitkan pada Feb 8, 2015 oleh .

Bagi anda yang banyak mengembara dan melancong ke luar negara, mungkin sedia maklum akan mengenai penggunaan kepala soket yang berbeza. Perkara ini memerlukan anda untuk membawa kepala soket tambahan yang bersesuaian dengan sesuatu negara yang dikunjung.

Kebiasaannya, kepala soket tambahan ini mungkin bersaiz besar, dan tidak begitu selesa dibawa, disamping memerlukan anda membawa tambahan kepada pengecas sedia ada. Untuk mengatasi perkara ini, salah satu inovasi baru yang hadir adalah Mu System.

Mu System mengelarkan diri mereka sebagai penyedia pengecas dengan kepala soket antarabangsa paling nipis di dunia. Ia hadir dengan kepala soket dengan pilihan untuk beberapa buah negara, yang mana pengguna boleh gantikannya dan menyesuaikan ia dengan negara yang ingin dikunjung. Pada bahagian belakangnya pula adalah ruangan USB, yang mana memerlukan pengguna hanya menyambungkan kabel USB untuk mengecas.

Mu System

Mu System

Menurut pembangunnya, pengecas ini menyokong telefon pintar, iPhone, iPad, tablet, pemain MP3 dan pelbagai peranti yang dicas menggunakan USB.

Buat masa ini, mereka mengumpulka dana melalui IndieGogo dalam merealisasikan produk mereka, dan dana yang dikumpulkan setakat ini telah pun melangkaui apa yang disasarkan oleh mereka pada awalnya.

Layari : IndieGogo Mu System


TIPS & ULASAN