Hotel Baru Di Jepun Bakal Menggunakan Robot Seumpama Manusia Sebagai Pekerja

Hotel Baru Di Jepun Bakal Menggunakan Robot Seumpama Manusia Sebagai Pekerja

Diterbitkan pada Feb 8, 2015 oleh .

Jika anda berkunjung ke hotel pada hari ini, anda akan disambut oleh pekerja hotel, dan turut membantu anda dalam pendaftaran mahupun membawa beg anda ke bilik. Namun, perkara ini mungkin akan berubah pada masa akan datang. Sebagai permulaan, kini, salah satu hotel di Jepun dilihat akan bereksperimen dengan menggunakan robot seumpama manusia dalam menguruskan beberapa perkara berkaitan.

Hen-na Hotel

Hotel yang bakal dibuka di Nagasaki, Jepun dinamakan Henn-na Hotel ini kelak akan menggunakan lebih kurang 10 buah robot seumpama manusia. Robot ini kelak akan membuat daftar masuk pengunjung, membawa beg, membersihkan bilik, mahupun menghantar pakaian ke bilik.

Hen-na HotelUntuk permulaan, selain robot, manusia juga akan bekerja di hotel berkenaan, tetapi ia mungkin berubah apabila pihak hotel berkenaan menyasarkan untuk menggunakan lebih 90% robot dalam menguruskan hotel berkenaan.

Robot yang sama juga turut dikatakan boleh memberikan respon kepada gerakan badan manusia, selain mana turut berbual dengan manusia dalam bahasa Cina, Jepun, Korea dan juga Inggeris.

Hotel ini dijangka akan dibuka pada bulan Julai kelak, dan turut dilengkapi beberapa sokongan menarik lain termasuk kebolehan untuk menyesuaikan suhu bilik berdasarkan kepada suhu badan pengunjung, serta beberapa fungsi menarik lain.

Selain di Jepun, hotel sama juga ingin memperluaskan operasi ke seluruh dunia pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN