Viber Pada Desktop Kini Menyokong Fungsi Public Chat

Viber Pada Desktop Kini Menyokong Fungsi Public Chat

Diterbitkan pada Feb 9, 2015 oleh .

Viber telah memperkenalkan sokongan “Public Chat” pada perkhidmatan mereka, sekaligus membolehkan jenama, organisasi, ataupun selebriti hadir dengan akaun rasmi untuk pengguna lain ikuti kemaskini semasa. Ketika pengenalan, ia terhad untuk pengguna aplikasi mudah-alih sahaja, dan kini ia turut diperluaskan untuk pengguna Viber di desktop.

Walaubagaimanapun, sokongan Public Chat pada desktop tidak membawakan fungsi keseluruhan seperti mana hadir pada aplikasi mudah-alih. Melalui versi desktop, pengguna hanya boleh mengikuti kemaskini sahaja, dan tidak boleh melihat akaun-akaun awam yang boleh diikuti. Dengan erti kata lain, tiada tab “Explore” yang disertakan pada Viber Desktop untuk fungsi Public Chat ini.

Viber Desktop

Viber mengatakan perkara ini adalah kerana Viber adalah syarikat memfokuskan kepada sokongan mudah-alih, dan versi desktop ditawarkan sebagai pelengkap sahaja. Secara kasar, ia dilihat ingin membolehkan pengguna mengikuti kemaskini semasa daripada akaun Public Chat yang diikuti dengan mudah tanpa terlepas walaupun anda menggunakan desktop.

Dari segi kemaskini lain yang hadir pada versi baru Viber Desktop ini adalah penambah-baikkan untuk fungsi panggilan video, selain mana turut memaparkan indikator ketika seseorang sedang menaip untuk membalas mesej anda.

Bagi pengguna Viber Desktop, anda boleh mengemaskini pemasangan anda untuk mengikuti penawaran baru ini.

Muat-Turun Viber untuk desktop


TIPS & ULASAN