(Konsep ) Samsung Bend – Tablet Dengan Skrin Boleh Lipat

(Konsep ) Samsung Bend – Tablet Dengan Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan pada Feb 9, 2015 oleh .

Samsung-Bend-1

Peranti hibrid semakin mendapat tempat di hati pengguna. Komputer riba yang mampu berubah kepada mod tablet adalah rekaan peranti hibrid yang semakin banyak digunakan oleh orang ramai. Anda boleh menaip pada kekunci fizikal apabila perlu dan menyimpannya apabila mahukan komputer riba berubah menjadi tablet. Majoriti peranti hibrid ini menggunakan sistem operasi Windows. Kenapa tidak terdapat tablet Android dengan kemampuan yang sama? Samsung Bend ialah konsep tablet Android dengan skrin yang boleh dilipat mengikut kehendak. Bahagian yang dilipat boleh berubah menjadi papan kekunci sesentuh ataupun tetongkat bagi memudahkan anda menaip di permukaan rata. Konsep ini dihasilkan oleh Robrecht Vanhauwere yang mahukan tablet Android dengan kekunci tanpa memerlukan aksesori tambahan. Konsep ini turut menggunakan teknologi paparan sisi yang kini dilihat pada Samsung Galaxy Note Edge.

Samsung-Bend-2 Samsung-Bend-3


TIPS & ULASAN