Samsung Galaxy J1 Membawakan Tanda Harga RM399 Di Malaysia

Samsung Galaxy J1 Membawakan Tanda Harga RM399 Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 9, 2015 oleh .

Pada penghujung bulan lepas kita telah sedia melihat peranti Galaxy J1 disenaraikan pada laman rasmi Samsung, dan ia kini dilihat peranti berspesifikasi rendah tersebut telah pun dijual di pasaran tempatan, membawakan tanda harga RM399.

Samsung Galaxy J1

Samsung Galaxy J1 hadir dengan spesifikasi rendah, tetapi membawakan beberapa fungsi khusus yang terdapat pada peranti premium Samsung, dimana antaranya adalah sokongan Palm Selfie yang membolehkan merakamkan gambar dengan gesture tangan, selain sokongan Ultra Power Saving Mode untuk masa penggunaan bateri yang lama.

Dari segi spesifikasi, Galaxy J1 membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 480×800 pixel, cip dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, ruangan storan 4GB dan bateri berkapasiti 1850mAh. Untuk rakaman, ia membawakan kamera 5-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel.

Peranti ini turut membawakan sokongan dwi-SIM dan dilengkapi Android 4.4 KitKat.

Pada harga RM399 mungkin ia boleh dikatakan agak mahal, tetapi dengan pemasaran Samsung selain pusat khidmat yang ditawarkan, ia mungkin akan menjadi pilihan peranti untuk sesetengah pengguna.

Galaxy J1

Samsung Galaxy J1

Samsung Galaxy J1


TIPS & ULASAN