Cari @ Amanz

screenshot_122

Dahulu kalau tiada WiFi kita bergantung kepada dongle atau modem seperti MiFi (Mobile Wifi) untuk dijadikan hotspot internet. Tetapi sekarang, Hotlink telah menyediakan alternatif yang lebih hebat dan mudah – iaitu kad SIM yang khusus untuk tablet. Kad SIM ini membolehkan anda menggunakan internet pada tablet tanpa perlu membawa peranti MiFi atau dongle bersama anda lagi.

Pelan Hotlink Untuk Tablet ini dijual pada harga RM60 dengan tempoh sah selama setahun. Tambah pula dapat kuota percuma sebanyak 1GB, kuota data ini cukup bagi mereka yang kerap menggunakan tablet tetapi kadang-kala berada di tempat yang tidak mempunyai WiFi. Ia juga mempunyai kelajuan LTE pada kawasan yang mempunyai rangkaian tersebut. Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu membeli pelan tersebut, memasukkan kad SIM, dan anda boleh membuat pendaftaran sendiri semasa pertama kali menggunakannya.

screenshot_123

Sekiranya kehabisan kuota data, anda boleh menambah nilai pada beberapa pilihan menarik. Pilihan 1GB pada harga RM50 dan 3GB pada harga RM130 memberikan tempoh sah yang panjang, iaitu selama 365 hari. Untuk pengguna yang kerap melayari internet, pilihan 1GB turut disediakan pada harga RM30 untuk tempoh sah selama 60 hari. Pada harga tersebut, ia semestinya satu tawaran yang menarik.

Bagi menyemak baki akaun dan baki kuota data, anda juga boleh menggunakan aplikasi Hotlink Red App. Proses tambah nilai juga boleh dilakukan menggunakan aplikasi ini jika anda mendaftarkan kad kredit pada akaun tersebut. Selain dari itu, aplikasi ini turut mempunyai tawaran-tawaran lain yang hebat dan menarik, dan tiada penggunaan data akan dicaj semasa pengguna menggunakan aplikasi ini. Aplikasi Hotlink Red app ini percuma dan tersedia untuk platform iOS dan Android.

Pelan Hotlink Untuk Tablet ini boleh diperoleh di kebanyakan cawangan Maxis dan penjual Hotlink. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi mereka di Hotlink.com.my/tablet

Penafian: Advertorial oleh Hotlink

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd