Carian
Restoran Di Singapura Ingin Menggunakan Dron Untuk Menghantar Makanan
February 9, 2015 Aman

Dengan perkembangan dunia robotik dan dron, pelbagai perkara ingin dijadikan automatik. Jikalau malam tadi kita dengar mengenai salah satu hotel yang ingin menggunakan robot sebagai penyambut tetamu dan membuat beberapa perkara lain, kini salah satu restoran di negara jiran kita, Singapura pula ingin menggunakan dron untuk membuat penghantaran makanan.

Makanan Dron

Menggunakan dron daripada Infinium Robotics, ia dijangka akan boleh membawa makanan seberat 2kg. Dron ini dikatakan akan terbang dan ditetapkan mengikut program komputer, serta dikawal menggunakan sensor berasaskan infrared yang diletakkan sekitar restoran.

Penggunaan dron ini juga dikatakan akan mengatasi masalah yang dialami oleh kebanyakkan restoran, iaitu tidak mampu bayar gaji pekerja tempatan. Apa pun, untuk menghidangkan makanan di atas meja, hasil tangan manusia masih diperlukan – namun ia dijangka akan mengurangkan kos operasi secara drastik.

Komen