Xiaomi Mi Pad Akan Dijual Tengah Hari Ini – Adakah Anda Akan Membelinya?

Xiaomi Mi Pad Akan Dijual Tengah Hari Ini – Adakah Anda Akan Membelinya?

Diterbitkan pada Feb 10, 2015 oleh .

Xiaomi Malaysia sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menjual tablet mereka di Malaysia. Seperti dinantikan, mereka akan mula menjualnya bermula tengah hari ini, dimana untuk pasaran Malaysia, ia akan dijual pada harga RM799.

Seperti umum sedia maklum, Mi Pad merupakan tablet pertama daripada Xiaomi, dan turut dilengkapi dengan cip pemprosesan NVIDIA Tegra K1. Ia membawakan skrin bersaiz 7.9-inci, dan membawakan MIUI yang dioptimasikan khusus untuk tablet.

Xiaomi Mi Pad

Xiaomi Mi Pad

Xiaomi Mi Pad

Xiaomi Mi Pad

Untuk rakaman gambar, Mi Pad dilengkapi kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 6700mAh yang menawarkan masa penggunaan lama.

Xiaomi Malaysia tidak menyatakan berapakah unit yang akan ditawarkan hari ini, dan cuma mengatakan bakal menjualnya bermula pukul 12 tengah hari 10 Februari ini.

Jadi, adakah anda akan mendapatkan tablet Xiaomi ini pada harga RM799?


TIPS & ULASAN