Setiap tahun, Apple akan memperkenalkan kemaskini sistem operasi mudah-alih mereka, iOS, yang mana sekaligus menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Namun, pada iOS 9 kelak, pihak Apple dilihat ingin lebih memfokuskan kepada kestabilan dan pengoptimasian sistem operasi tersebut sendiri.
Kita mungkin akan terus dapat melihat beberapa fungsi baru diperkenalkan, tetapi Apple dilihat ingin memfokuskan lebih terhadap kestabilan sistem operasi berkenaan. Seperti semua sedia maklum, ramai pengguna iPhone yang mengadu mengenai iOS8 yang dilihat tidak membawakan pengoptimasian yang baik berbanding versi sebelum-sebelumnya.
Apple turut dikatakan ingin mengoptimasikan lagi saiz kemaskini sistem operasi berkenaan. Sebelum ini, ketika kemaskini iOS8, ia dilihat memerlukan saiz storan yang besar berbanding kebiasaan, sekaligus memberikan impak kepada pengguna dengan peranti 16GB.
Selain daripada kemaskini memfokuskan kestabilan, ia turut dikatakan Apple mungkin mengemaskini beberapa aplikasi mereka, dan salah satu aplikasi yang telah dikatakan beberapa kali adalah Apple Maps.
Jika segalanya berjalan lancar, kita mungkin akan dapat melihat iOS9 kelak pada WWDC 2015 yang dijadualkan sekitar bulan Jun.