Hanmac New Defency : Peranti Mewah Dari Perancis

Hanmac New Defency : Peranti Mewah Dari Perancis

Diterbitkan pada Feb 10, 2015 oleh .

Hanmac-New-Defency_5

Pasaran peranti mewah sebelum ini dikuasai oleh Vertu dengan peranti yang diperbuat daripada bahan eksotik seperti kulit ular sawa. Peranti mewah mensasarkan golongan kaya raya yang lebih mementingkan jenama dari kemampuan peranti. Oleh sebab itulah Vertu masih boleh beroperasi sungguhpun menjual peranti dengan spesifikasi yang rendah. Hanmac ialah sebuah lagi syarikat yang menghasilkan peranti mewah dan mereka berpangkalan di Perancis. Mereka baru sahaja memperkenalkan Hanmac New Defency, peranti pintar Android mereka. Ia diperbuat sepenuhnya daripada logam dan mempunyai rekaan steampunk. New Defency dilengkapi skrin 3.5″ (480P) diperkasakan oleh pemproses 1.2 GHz empat teras Mediatek 6582, RAM 2 Gigabyte dan muatan dalam 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 3 Megapixel pada bahagian hadapan. Ia akan menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dan mempunyai bateri sebesar 1440 mAh. Spesifasi yang sangat menyedihkan dari Hanmac tetapi peranti ini hanya mensasarkan pasaran China. Harga jualan Hanmac New Defency ialah sekitar RM 11 000 sebuah.

Hanmac-New-Defency_1 Hanmac-New-Defency_6


TIPS & ULASAN