Pengguna LG G Pro 2? Anda Kini Boleh Kemaskini Peranti Anda Kepada Android 5.0 Lollipop

Pengguna LG G Pro 2? Anda Kini Boleh Kemaskini Peranti Anda Kepada Android 5.0 Lollipop

Diterbitkan pada Feb 10, 2015 oleh .

LG G Pro 2 telah diperkenalkan oleh pihak LG pada tahun lepas. Walaupun ia tidak dijual secara rasmi di Malaysia, namun, sejumlah pengguna telah pun mendapatkannya melalui beberapa penjual tempatan. Kini, berita baik untuk anda adalah dimana LG G Pro 2 telah pun mula menerima kemaskini Android Lollipop bersama-sama dengannya.

LG G Pro 2 Lollipop

LG G Pro 2 Lollipop

Melalui kemaskini baru ini, LG menyertakan beberapa perubahan, termasuk kemaskini pada elemen antaramka, menyertakan beberapa aplikasi baru, dan pada masa yang sama menambah-baik sokongan teks-ke-suara yang terdapat pada peranti ini. Secara keseluruhan, Android 5.0 Lollipop turut sama menyertakan penambah-baikkan pada bahagian bateri, serta lebih banyak pengoptimasian pada bahagian sistem operasi.

Bagi anda yang menggunakan LG G Pro 2, anda boleh menaik-taraf peranti anda dengan menggunakan Adnrodi 5.0 Lollipop hari ini, dan menikmati pelbagai fungsi yang dibawakan ini. Kemaskini ini bersaiz sekitar 630MB.


TIPS & ULASAN