Cari @ Amanz

Dengan pelbagai syarikat yang memfokuskan kepada dron, robot dan juga kenderaan yang dipandu secara automatik, kini pihak Samsung turut dilihat tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut, dan telah pun menyiapkan pasukan khusus dibawah Samsung Product Innovation yang akan memfokuskan kepada arena tersebut.

Menurut laporan daripada Korea Times, pasukan disebaliknya akan memfokuskan kepada projek berteknologi tinggi, dan dron, robot, serta kenderaan yang dipandu automatik adalah sebahagian daripadanya. Selain itu, pasukan tersebut juga dikatakan akan memfokuskan kepada pembangunan teknologi realiti-maya, percetakkan 3D, serta beberapa projek robotik lain.

Memandangkan ia merupakan pelaburan jangka masa panjang, maka kita mungkin tidak akan dapat melihat sebarang perkembangan dalam masa terdekat ini. Dengan nama Samsung yang sering menjadi sebutan sejak setahun dua ini, semestinya ramai yang menantikan apakah bakal dibawakan oleh gergasi teknologi daripada Korea Selatan ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd