Cari @ Amanz

HTC sejak daripada tahun lepas, agak aktif dalam pengenalan peranti berspesifikasi pertengahan melalui keluarga Desire mereka. Terkini, hari ini, lebih kurang tiga minggu sebelum Mobile World Congress, HTC turut sama telah memperkenalkan satu lagi peranti baru, dinamakan sebagai Desire 626.

HTC Desire 626

Seperti biasa, ia membawakan rekaan ikonik HTC dengan sokongan speaker pada bahagian hadapan. Peranti dengan skrin bersaiz 5-inci ini membawakan paparan 720p, dilengkapi cip Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 1GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. HTC turut melengkapkan peranti ini dengan storan bersaiz 16GB dengan sokongan slot-mikro-SD, selain turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Walaupun berspesifikasi pertengahan, telefon Desire 626 ini juga turut hadir dengan sokongan Dot View Case. Selain versi Snapdragon 410, HTC juga dikatakan bakal hadir dengan variasi menggunakan cip MediaTek untuk pasaran China.

HTC Desire 626 hanya ditawarkan di Taiwan sahaja buat masa ini, tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia turut dilancarkan di beberapa negara lain tidak lama lagi.

HTC Desire 626

HTC Desire 626

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd