Carian
Google Menambah Informasi Berkaitan Kesihatan Pada Google Now
February 10, 2015 Aman

Google Now sedia menggunakan info daripada Knowledge Graph, dan terkini, Google turut sama telah menambah sokongan informasi berkaitan kesihatan pada perkhidmatan mereka tersebut. Berbanding sebelum ini, kini dengan carian informasi berkaitan kesihatan, pengguna turut dilihat dipaparkan dengan gambar serta beberapa info tambahan berkaitan dengannya.

Google Knowledge Graph

Knowledge Graph seperti semua sedia maklum telah diperkenalkan oleh Google tidak lama sebelum ini. Ia memaparkan informasi padat dan ringkas pada sebelah kanan laman carian, untuk membolehkan pengguna memahami sesuatu perkara yang dicari dengan pantas.

Kini, dengan info berkaitan kesihatan turut ditambah, pengguna boleh membuat carian berkaitan kesihatan, perubatan, serta mengetahui pelbagai simpton mengenainya melalui carian Google.

Kami telah mencubanya, dan ia belum lagi diperkenalkan untuk pengguna Malaysia buat masa ini. Mungkin Google memperkenalkan fungsi baru ini secara berperingkat dan akan mengambil masa beberapa minggu sebelum semua dapat menggunakannya.

Komen